Iklan Yang Bodoh Dan Menipu Para Pengguna Telefon Bimbit

Aku paling bengang n aku paling tak suke klau iklan digunakan sebagai medium untuk menipu para pengguna. Mana taknya, bukan sahaja merugikan dari segi wang rggit, maruah pun ade jugak wei.

Korang nak thu iklan cmane yang aku bengang sangat2 nih?

Haaa…tengok gambar kat bawah ni.

Aku kalau tengok iklan2 macam ni memang aku bengang sgt2. Tambahan pulak kalau iklan dalam TV tu. Taipkan ON PANAS dan hantar ke…ON HOT…ON BAYI..ON RADAR..ON KAWAN..ON LONELY…(wtf!). Aku harapla sgt2 kalu pihak kerajaan kita sendiri haramkan iklan2 yang menipu pengguna macam ni. Selalunya apa yang ditawarkan tidak masuk akal dan jauh brbeza daripada yang dijangkakan.

Sebabnya…

  1. Majoritinya ade caj tersembunyi.
  2. Syarat dan terma (terms and condition) selalunya tulis kecik2 (mcm iklan kat ats ni) bagi pengguna sukar nak baca.
  3. Selalunya nombor kita akan menjadi target spam messages apabila kita melanggan.
  4. Harga yang langsung tidak masuk akal (sampai RM5 pun ade!!)
  5. Benda yang ditawarkan sepatutnya kita boleh dpt dengan percuma shaja!
  6. Kualiti tak sebagus yang diiklankan.

Jadi untuk memberi pandangan yang lebih jelas, sini aku tunjuk ape yang akan berlaku kalaula aku jdi mangsa penipuan dan penganiayaan iklan ini.

Msg hantar —-> ON PANAS ke 32**2 (RM1.00)
Msg masuk —-> Anda telah berjaya melanggan servis dari syarikat kami. Terima Kasih (RM0.50)
Msg masuk —-> Setiap langganan adalah tetap bagi satu minggu dan 3 keping msg akan dihantar pada setiap minggu (RM0.50)
Msg masuk —-> MESSAGE 1/3 – Terhebat minggu ini. Pilih 5463 untuk bayi menangis, 5432 utk bayi menyanyi, 5411 untuk bayi menjerit (RM1.00×3)
Msg hantar —-> 5411 untuk bayi menjerit (RM3.00)
Msg masuk —-> Ringtone bayi menjerit yang tak hebat langsung diterima (RM0.00)

JUMLAH BESAR = RM8.00!!

Jadi…kalau dikira betul2 sebenarnye nilai untuk dapat satu ringtone yang bodoh lagi merugikan tu sbenarnya jauh bezanyaanya daripada yang diiklankan. Jadi dengan ini, aku menyeru sgt2 para pembaca blog nih (secara sengaja atau tak sengaja bace) agar kite same2 banteras penipuan ini. Sebarkan ideologi kebenaran di sebalik penipuan ini. Sebarkan keburukan iklan yang sebegini rupa. Sebarkan realiti sebenar.

Yang atas td tu bru RM8.00. Amacm pulk dengan gambar bawah ni… Dh smpai mencecah RM14.00 dah!!..Ini dah lebih nih!!..Korang pkir n nilai la sndri mne baik bruknye. Huuhuhu….

RM2 x 7 = RM14

Diharap dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK),  gabungan tenaga dapat dibuat agar rakyat Malaysia terutamanya para pengguna telefon bimbit tidak lagi tertipu dan termakan dengan janji2 manis para pembekal ringtone bodoh ni. Hahahahahaha

Takkan nak tggu sorang rugi 10 juta bru nk betindak ye dak??

**Kalau korang nak sangat bnde2 mcm diorang duk iklan dalm iklan tu…bgtao je kt aku…bia ak tlg crikan pstu bg kt korang..FREE OF CHARGE…x rugi tp untung yg lbih. Heeehehe…**

6 Comments »

  1. avatar dilemma Says:

    Salam,

    Aku pun sama dengan ko. Tak setuju betul iklan-iklan macam nih. Memang menipu ornag. Kalau yang tau sedikit sebanyak pasal caj-caj tersembunyi tuh tak apa. So boleh la berhati-hati. Tapi ni yang banyak terkena budak-budak sekolah tuh haa (yang rata-rata dah pakai hanset sekranga), pak cik-pak cik, mak cik-mak cik. Ish tak sampai hati. Tapi sampai plak hati diorang kebas duit kita kan. Kalau dapat tuan punya syarikat tuh, memang habis la.

    [Reply]

  2. avatar zelo55 Says:

    nk wt cmane..2 la cre diorng cri duit..mnipu..huuhuhuhu…kite tggu dan lihat ajela lgkh kerajaan..huhuhuhu

    [Reply]

  3. avatar edham Says:

    mmg sial la iklan mcm tu..aku nak marah sgt2..x tau la nape..myb aku pnah terkena kot..huhu:P

    [Reply]

    zelo55 Reply:

    hahaha…
    ni mesti kes pernah kena pastu x puas hti…
    hahahahaha…

    iklan cmni ptut bgtao kt KPDNHEP…

    kasi diorang bungkus tros drpd tros tipu org lain…

    JANGAN BAGI PELUANG!

    [Reply]

  4. avatar d|n Says:

    pandai main la kalo nk untung..haha

    d|n’s last blog post..1st moonie’s tag

    [Reply]

  5. avatar Video Finalist Mentor, Black, Chaq, Fira Dan Hakikat Realiti TV. | ZELO55 (DOT) COM Says:

    [...] bukannya kualiti yang dihasilkan daripada rancangan realiti tu sendiri. Bagi aku ni macam satu lagi penipuan terhadap para pengguna telefon bimbit. Aku nampak sistem voting ni mmg satu cara untuk rancangan tu mengaut keuntungan tapi sekarang dah [...]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment