- Visited 3392 times, 1 so far today

Suke tak korang bile kene tipu??

Apetah lagi klau ditipu secara beramai-ramai ditambah pulak ditipu dengan Internet. Mesti bengang je rse kan. Sini aku nak bgtao satu aplikasi internet yang menipu (daripada sumber yang aku dapat). Tapi kemungkinan besar pengguna aplikasi pun tak sedar sebenarnye diorang dah ditipu. Hahahaha.

Korang perasan tak dengan ayat biru tu yang tulis camni…..“Thank you for supporting the ALL-NEW, ALL-YOU M2U. Traffic has been non-stop and you are now being diverted to our classic M2U for uninterrupted banking.”

Dengan ayat ni lah sebenarnye korang kene tipu..Huhuhu. Dengan ayat ni Maybank2u menunjukkan yang kite dimasukkan ke laman web lama M2U kerana M2U yang baru mengelami kesesakan trafik yang tinggi. Padahal..pada hakikatnya…M2U yang baru GAGAL dan terpaksa digantikan semula dengan yang lama!

Maybank2u dah berubah rupa pada 16 Oktober 2008 dan selepas beberapa hari, function ‘Login’ M2U baru dah bertukar semula kepada M2U yang lama. Menurut M2U sendiri ini ialah masalah bandwith. Ermmm….sekarang dah bulan November…dah nak masuk sebulan tapi takkanla pihak M2U tak baiki lagi masalah diorang tu?

Bandwith…Kalau masalah bandwith, kenapa M2U yang lama boleh jalan elok je?. Takkan M2U yang lama tak pakai bandwith langsong. Hahahaha.

Sebenarnye M2U yang baru gagal kerana tak berupaya menepati janji yang dikotakan diorang sendiri. Apa yang diorang cakap n janjikan tak menjadi. Hahahaha. Bak kata pepatah…KERANA MULUT BADAN BINASA. Mayabank2u telah menjanjikan 5 perkara bagi website baru diorang (seperti kat bawah ni) tapi cube korang pikir sendir. Diorang tepati ke semuenye? Heheks..

  1. Discover
  2. Structure
  3. Speed
  4. Design
  5. Repeat

Masalh utama yang dihadapi aplikasi perbankan M2U yang baru ialah SPEED! Iye SPEED! Ulang lagi sekali, SPEED! Rata-rata pengguna Maybank2u yang sempat menggunakan versi baru Maybank2u sebelom ditukarkan dah bagi komen yang sama iaitu lebih kurang cmni…“Bapak slow! Nak login n transfer pun da makan mase..Bile dah lame sgt tibe2 terlogout sendiri!..wtf!!”

Aku sempat melalui sendiri pengalaman menggunakan M2U yang baru n ape yang aku nak komen ialah…

  • Slow. Ambik masa lama untuk loading.
  • Lambat. Urursan yang asalnya dengan 3 klik dah jadi 4.
  • Costumer Service Hampeh. Ambik masa lama untuk reply soalan pengguna diorang sendiri!
  • Lawa. Jauh lebih lawa berbanding site lama.

Baca lagi tentang penipuan M2U nih disertakan dengan gambar2 M2U yang baru bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok pon!! Tekan READ MORE kat bawah ni haa….

Haaaa….tengok je dari sini nampak sangat yang M2U perlu buat banyak pengubahsuaian untuk menepati kehendak pelanggan diorang. Mayabank2u dikatekan telah mintak pendapat daripada 100++ pengguna diorang…jadi aku rse lepas ni kena mintak lebih bnyak klau tak nak kejadian macam ni berualang. Hahahaha.

Speed pulak…hampeh…wa cakap kt lu memang serius ah ni. Slow gile b*bi! Aku aritu pun nk cek baki dalam akaun yang tak seberapa pun da amik masa yang lama. Tu belum nak transfer duit lg tu. Kalau tak mesti da amik mase berjam-jam. Hahahahahaha. Pihak M2U kne paham ape maksud Online Banking sebenarnye. Online Banking sebenarnye digunakan untuk orang melakukan kerja dengan cepat tanpa perlu pegi masuk bank pastu tunggu angka giliran dipanggil. Tapi kalau dengan M2U baru yang lembab n slow n hampeh cam ni, konfem sempat 1000 orang bleh kne panggil tunggu kat bank camni. Hahahahahaah.

Bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok apela rupe M2U yang baru…terutamanya bagi yang langsung tak sempat gune…tengok kat bawah ni…aku ade bekalkan screenshot die sket.

Tak puas hati lagi dengan ketidak puas hatian aku ni? Ape kate korang bace sendiri kat laman web nih.

allyou.com.my – Laman web blog maybank2u sendiri. Kononnya nak lebih mendekati pengguna tapi sehingga post ni dibuat, last post kt blog allyou.com.my bertarikh 24 Oktober! WTF!

blog.saimatkong.com – Blogger ni ade buat gak artikel psl failure M2U yang kononnya ‘baru’ ni. Wahahaha.

dannyfoo.com – Blogger yang ade crite pasal M2U ni jugak. Gambar2 banyak amik dari cni. Thanks a lot blog n picture owner!

**Ape kate buat mase sekarang ni pihak M2U tumpu kat bahagain SPEED dulu sebelum buat benda lain. Sure pengguna M2U seperti aku ni hepi je memanjang. naikla jugak status korang!. Wahahaha**



Related Posts!

Comments

  1. Sweet Thinker [November 17th, 2008 at 5:16 PM]

    haha. akoo dah lama x login. tp smlm akoo login utk byr bil. mmg guna yg lama.

    [Reply]

  2. Darkz05 [November 17th, 2008 at 9:35 PM]

    Well, sama macam aku juga design web M2U saja yang OK. Yg lain fikir sendiri la. huhuhu

    [Reply]

  3. Rjuna [November 18th, 2008 at 12:38 AM]

    Sekarang yg kulit depan je baru, belakang-yang dalam semua yang lama, ada problem kot, biasalah ko macam tak pernah dgr ayat BETA version, lepas ni kuar la TUANKU version, selalu aku buat beli topup je, bro topup gua rm10 hahaha :)

    [Reply]

  4. zelo55 [November 18th, 2008 at 6:41 AM]

    Haaa….ko tengok…masalh da sebulan tp x setel2 lagik…
    ape daaa….
    nk kne tggu bandwith sampai bile Maybank oii..hahahaha

    tp…ak plik gak..ak ade M2U tapi nk transfer xleh…sbb ape eh?
    ade staff dari M2U nk tlong x?

    huuuhuhu…

    [Reply]

  5. Jimmy [November 20th, 2008 at 8:15 AM]

    Maybank2u dalam lagenda.. Tak dapat aku nak rasai pengalaman tu..

    [Reply]

  6. zelo55 [November 20th, 2008 at 8:32 AM]

    sabar2…nnt mst M2U jadi ‘baru’ semula…

    tggu masalah bandwith selesai…

    wakakakak..

    [Reply]

  7. Danny Foo [December 15th, 2008 at 11:35 PM]

    Berbanyak terima kasih atas kredit yang telah diberikan. :)

    [Reply]

  8. zelo55 [December 16th, 2008 at 1:58 AM]

    heeehehe…
    thanks to your images im able to get this post done…
    heheheh..
    terima kasih!

    [Reply]

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

blank