Artis Bertindik..Bagus Ke Camni?

Tudung mnyerlahkan keayuan tapi kalau bertindik???

Artis sepatutnye jadi contoh tambah pulak korang selalu masuk TV buat performence sini sane..mak aiii..seluruh dunie leh tengok wei…Tambah plak korang dengan BANGGAnye letak gambar korang tu dalam Friendster ke Myspace ke nk tnjuk sgt aduhai betapa cantiknye tindik ku yang tak disukai ramai nih. kalau korang tak letak pun lame laun kuar gak dalam internet ni wahai kakaks n abangs artis oiii…Sedarla wei…kalau lelaki bertindik memang aku anti sgt2..klau smart xpe jugak. Ni da mcm lembu tercucuk idong da aku tgk nih. Pompuan pulak..kalau tindik kat telinga ok jugak nampak ayu n comey bak buluh perindu. Tapi kalau dah takde tempat sangat sampai nak tindik kt lidah, hidung, pusat, dagu, dahi, gigi ape semue buat ape?. Bangga menjadi orang yang ditindik eh?

Kalaula ye pun nak bertindik, janganla amik gmbar bahagian yg memalukan korang tu. Ade ke ptut nk mengaibkan diri sendiri..Alamaaakkk. Kalau ye pun tangan tu gatal sgt nak jugak amik gmbr TINDIKAN korang…amik pastu simpan leklok dalam peti besi dalam umah. Jangan gatal2 bagi orang tengok. Korang sendiri pun xyah tengok xpe. Hahahaha.

Lagipun bertindik ni menyusahkan gak pon. Adulaaa..Pas bace yang bawah ni konpem xnak main tindik2 dah…Huuhuhu

Tindik yang pasti akan meninggalkan lubang kekal di bahagian tubuh yang ditindik.

Jika kamu bertindik disembarangan tempat, risiko jarum tidak disteril sangat tinggi.

Terjadi jangkitan seperti bisul, hepatitis B, sifilis hingga AIDS.

Terjadi jangkitan kuman jika ketka menindik jarum tersebut mengenai pembuluh darah.

Paiseh…paiseh…(malu…malu)

Korang tak percaya dengan ape yang aku cakapkan ni eh? tengok a gambar2 kat bawah ni ha. Aku cakap berdasarkan bukti n bukan rekaan semata-mata taoooo…

Skroll lagi ke bwah untuk lebih banyak gambar artis tindik kebanggan korang!..fasha sandha ade…zarina ann julie pun ade!!…wawawawawa…

senyuman yang sengaja dibuat nak tunjuknye tindik die tuh..cehh

pakaian dah a x senonoh..klau body cantik cam mat saleh ok a jugk...tmbh plak ngn tndik pusat..adusss

Allahyarham loloq......

Adusss….Sedarlah wahai penggiat seni tanah air. Janganla sampai ade media buat liputan meluas tentang perangai korang barula korang nak sedar. Nanti mulela ade cerita baru keluar…”tu bukan gambar saya”..”saya dianiaya”..”orang edit letak muke saya je tu”..”permainan media”…”mengarut je semua tu”. Sudahlah korang…kite sebagai rakyat Malaysia dah pandai pikir sendiri da semua nih. Tak perlu ade nak tipu2. Cakap je….video lucah korang, gambar panas2 korang, semua org Malaysia dah thu n kitorang da pndai nilai mne kebenaran n mane penipuan. Cukupla dengan permainan minda korang…..Kite dah bosan!

**Ape kate lps ni korang tindik kt kemaluan ke kt tempat sensitip ke…pstu sebar kt internet…yang beznye kitorang bloggers..tajuk hangat..lagi bez crite kitorang…Hahahahaha**

Election 08. Obama Menang, McCain Kalah.

Mesti korang pelik kan knapela ak smenjak shari due ni ni jd politik je memanjang. Hahahaha. Takde ape pun sbnrnye. Post kali ni dipolitikkan atas DUA sebab je…Pertama, aku nk bgtao sape Presiden Amerika yang baru n kedua aku nak cerita dari mne aku dapat result US Election 2008 dengan cepat n tepat skali!

Fasal Pertama…(mengenai presiden baru US)

Obama menang n McCain kalah. Obama berjaya mendapat 52% undi berbanding McCain yg hanye dapat 47% daripada kesulurhan undi.. Tahniah kepada Barack Obama n takde tahniah untuk McCain

Fasal Kedua…(mengenai result lection US 08)

Yahoo Election 08 Dashboard

Percaya atau tak percaya, tak terlintas pun nk tulis psl politik US nih, tapi bile ternampak Political Dashboard yang Yahoo dah sediakan sempena US Election 08 nih, memang buat aku teruja n tak sabar2 nk tggu full result Election nih wlaupun aku bukan penduduk Amerika Syarikat.

Political Dashboard n menggunakan aplikasi Flash n di update setiap 30 minit sepanjang pengiraan undi. Memang susah kite nak tahu secara lebih LIVE daripada ni tambah pulak kitorang buknnye duduk dekat dengan US nih. Wahahahaha. Dari Political Dashboard ni jugak kite boleh tengok statistik, undian, peratus dan jugak detail terperinci setiap negeri! Memang hebat ah wa cakap sama lu!

Mungkin akan ade yang kate…“eleehhh…apela sgt kalu mcm tu je”…tapi cube korang pikir ade tak kt Malaysia diorang wat cmni? Ade ke website yang sanggup mengorbankan bandwith die smate mate nk buat usaha murni bagi update kt suruh penduduk Malaysia tentang pilihan raya?..Aku rse dengan care ni jugakla boleh diatasi gejala tak sihat semasa pengiraan undi macam pnipuan n rasuah ape semua. Sebab semue orang leh tgk. Jadi klau nk tipu pon mesti susah je. Heeehehe..

Bagi sesiapa yang nak FEEL sendiri Yaho Political Dashboard nih, klik link bawah nih.

POLITICAL DASHBOARD

Jadi aku rse, Malaysia patut buat kaedah ni sbgai langkah seterusnye n bukn mengharap kt TV3 je nk tnjuk. Lagipun bg aku, buknnye leh percaya TV1, TV2,TV3 tuh…bapak penipu lebih..result dah keluar pukul 8 tapi diorang tnjuk pkul 12…ape kes???

**Harap Obama boleh buat kputusan n langkah yang bijak bile dah jadi Presiden nih. Harap ape yang dibuatnye menguntungkan kite umat Islam. Amin…**

Result Final CENFOS IIUM Dah Keluar Dah

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM, PETALING JAYA

FAST UPDATE!!

Kali nih fast update untuk ak bgtao link2 untuk cek result exam CENFOS IIUM,UIA, PETALING JAYA.

Result final akan kuar pkul 5 petang ni seperti yang telah diwar-warkan kt laman web uia sendiri tapi diagak akan mendapat kesesakan web traffic dan akn menjadi agk susah untuk cek result korang. Jadi mungkin dalam pukul 10 malam bru la korang akan dapat tengok result korang tanpa masalah. Jadi saranan aku, tengokla lewat2 sikit. Tak lari kemane result korang tuh, ade je. Wahahahahah.

Sekarang Saya Dah Jadi Glitterati!!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya aku dah jadi ahli Glitterati Nuffnang. Amin.

Terkejut, seronok, gumbira, meleleh air mata, terkesima, melompat lompat..Huuhuhu. Tu je yang boleh aku kate bile bukak akaun Nuffnang aku n ternampak status aku dah berubah walaupun baki dalam tu ade 15sen je. Heeehehehe.

Tengok gambar bawah kalau tak percaya. Ni bukan gambar edit atau gambar olok2. Ni gambar screenshot betol tau. Ho3.

Ok. Walaupun aku dah jadi Glitterati tapi ade bnde yang memalukan jugak a aku nk bgtao kt cni. Hahahah. Sebenarnye aku sangkakan Glitteri, rupe-rupenye Glitterati. Wahahahah. Sori2 kepada pihak Nuffnang dan juge rakan2 bloggers sekalian, sesungguhnye aku mmg lemah sket klau bab nak cepat nih. Wahahaha. Post sebelom ni, aku adela tulis pasal Advertletrs yang mengecewakan yang menyebabkan aku bertukar kepada Nuffnang, tapi yang sedihnye aku silap tulis Glitteri padahal Glitterati.Mungkin ramai jugak yang tak perasan aku tersilap jadi aku sengaja tak edit post yang sebelom ni untuk korang tengok kesilapan seorang hamba Allah. Kepada sesiapa yang nak bace entri tersilap, klik kat link di bawah nih.

GLITTERI ATAU GLITTERATI???

Mintak maap bnyak2 Nuffnang n rakan bloggers sekalian.

Jadi…secara rumusan…masa untuk aku dapat status Glitterati ialah……….1 hari!

Ye!..Satu hari je untuk jadi ahli Glitterati. Memang pencapaian yang agk hebat a bagi aku yg  bukn pro blogger pon. Huuhuhu…Jadi memang btol a seperti yang dijangkakan aku sendiri, kalau tulis post pasal Nufnang n memuji diorang sket serta menaikkan status diorang mesti cepat je nak jadi Glitterati.Ho3. Terima kasih banyak2. Aku janji akn terus berkhidmat untuk Nuffnang selagi blog ini berjalan. Terima kasih!

Jadi, untuk menunjukkan jasa aku kat diorang yang dah menjadikan aku Glitterati, tentunya yang dah baca n memahami blog post aku serta menghayatinya, bawah ni aku sediakan hadiah terima kasih aku. Amik ye jgn malu2. Heeeehehe

Nasi lemak sepinggan macam kat bawah ni haaa…..

Nasi Lemak

Teh tarik segelas (buih2 tak disediakan) macam gambar bawah ni haa….

Teh Tarik

Heeeheheh. Mungkinla tak seberapa tapi klau nk yg real pergi je kat halaman feedback aku n hantar request untuk MAKAN BERSAMA ZELO55 BERSTATUS GLITTERATI. Hahahaha. Mungkin aku nampak over happy n over bangga sangat jadi Glitterati, tapi nk wat cmne, bukn bnde yg datang bergolek tanpa usaha. Yayayayay!!

**Terima kasih..terima kasih..terima kasih…selagi tiada apa2 masalah aku berjanji akn mnyokong Nuffnang!**

Advertlets Mengecewakan. Giliran Nuffnang Mencuba Nasib.

Selama aku hidup berblogging nih, ak rse msalah pling besar ialah mmilih company pengiklanan yang paling sesuai untuk diiklankan. Memang susah!. @#%#^%

Walaupun aku bukn seorang blogger yg serius sebelum nih, tapi hakikatnya, apa yang boleh dilihat…rata2 komuniti blogger menyuarakan komen yang tidak menyenangkan tentang Advertlets. Pada sesiapa yang perasan, sejak penubuhan blog nih, aku menggunekan Advertlets sebagai iklan dan tidak langsung berpaling tadah kepada Nuffnang ke Adsense ke.Tapi lepas beberapa kali aku buat kajian n pertanyaan n kajian lagi, aku dapatla info2 macam dibawah. Kirenye macam aku da buat rumusan versi aku sendiri la. Hahahaha. Setiap fakta yang aku dpt aku akn cbe buktikan dengan bukti sebaik mungkin. Huuhuhu.

Advertlets ooo Advertlets

  • Bermasalah dengan pembayaran yang sentiasa lambat. Yang ni memang banyak dah blogger yg buat artikl nih. Antaranya Justkhai.com. Artikel pasal Gerhana Cinta Luka.
  • Pernah bermasalah dengan hosting diorang sampai menyusahkan blogger2 Malaysia. Blogger fehmes dengan kontroversi, Khai (hahaha…jgn marah khai….gurau), ade buat artikel mcamane page die boleh redirect ke website lain semuanye sebab Advertlets tak amik thu tentang hosting diorang yang bermasalah. Huuhuhu.
  • Buat msa sekarang ni, hanya mengambil kira pelawat dari Maaysia n Singapura shj. Baca kat mohdismail.net ade komen daripada Advertlets support sendiri pasal nih. Bagi aku impression tetap impression. Kalau tak nak kire luar daripada Malaysia n Singapore, baik tulis je kt moto korang tuh. Barulah orang tahu. Ho3. Post tentang RM0.10 untuk 10000 page views.
  • Nak cashout paling minimun ialah RM100. Lame tuu…
  • Setiap 1000 impressions tak kire dari mne die dtg dapat 10sen je. Alahaiii…. Ini boleh dilihat dari laman web mohdismail.net dengan post die yg bertajuk Bayaran Terndah Advertlets:RM0.10 untuk 1000 page views.
  • Takde status istimewa atau upgrade yang memberi kelebihan kepada ahli diorang. Tengok kat Advertlets, mane ade diorang terangkan pasal status istimewa ni. Atau mungkin aku je yg x dpt. Hahahahah.
  • Masih lagi dalam versi BETA. Jadi mungkin ade je yang belum sedia secara betul kat site diorang nih. Biase laaaa…name pun BETA jadi mungkin ade ld yg belum settle n mungkin perlu mase untuk keluar dari BETA. Tengok kat Advertlets.com kat bahagian bawah.

  • Bahagian ni aku memang puji. Banyak pilihan iklan untuk kite letak kt site kite. Berbanding Nuffnang, Advertlets lagi banyak!!. Hahahaha. Memang aku suke klau banyk pilihan . Hahahaha

Nuffnang ooo Nuffnang

  • RM50 dah bleh cashout dah. Yayay!
  • Ade status bagi ahli yang bagus n setia. Status Glitteri.
  • Bayaran tak banyak problem macam lambat n tak nak bayar. Hahahaha.
  • Support yang bagos gk ah klaula ade problem ke ape ke.
  • Tapi iklan diorang ade 3 jenis je. Huuhuhu. Tak banyak pilihan sangt klau nak plih tempat yang sesuai dengan blog. Huuhuhu….

Sebenarnye, dah lame dah aku nk buat artikel pasal bnde nih, 2, 3 hari selepas penubuhan blog nih, ade je aku nk tulis pasal Nuffnang n Advertlets nih. Sejak ari tu jugakla post yg tu jd UNPUBLISHED n jadi mnyemak je kt dalam dashboard post aku. Wahahahaha. Akhirnye selepas aku buat BIG STEP FOR A BIG CHANGE iaitu bertukar daripada Advertlets ke Nuffnang barulah aku sambung balik.

Lagipun aku nk jugk jadi status Glitteri. Macam yang korang dah tengok banyak kelebihan jadi exclusive Glitteri member. Jadi aku harapla Nuffnang baca artikel aku pasal nih n tengok usaha aku yang mengutamakan diorang daripada agensi pengiklanan yang lain n terus bagi aku status Glitteri. Paling tak pun mempercepatkan kelulusan aku jd Glitteri. Hahahahah. Korang2 yang bace ni jugak knela support aku jd Glitteri. Mnela thu nnt aku nk blanje korang mkan ke mnum ke kan. Heeehehehe.

Jadi, kesimpulan terakhir, jadilah Nuffnang lupekan yang lain…..

**Aku nk jadi Glitteri..nak!..nak!..nak!..nak!!!!!**

« Previous Entries

Next Entries »