- Visited 805 times, 2 so far today

Kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti bermula di PJ (Petaling Jaya).

Subjek diambil pada sem pertama, Internet.

Mungkin bosan.

Lecturer lelaki. Bertubuh besar. Mungkin garang n makan orang.

Subjek yang aku sangka bosan jadi amat menarik.

Lecturer ku sangka garang rupanya baik.

Masalah ape pun die mesti ade pnyelesaian. Terutamanya komputer.

Nak software ape2 datang je blik dia, dia bagi.

Haritu dikala komputer terkena virus, dia yang bagi cadangan penyelesaian.

Dalam kelas berbahasa baku.

Tapi  dialek pantai timur kalau berjumpe dengan aku.

Die memahami latar blakang anak muridnya.

Aku rasa sangat dihargai dan mudah bergaul. Aku puji.

Aku conteng papan hitam sebelum dia masuk.

Die perasan dan suruh pelajar mengaku.

Dia marah. Aku mngaku.

Kemarahannya terus hilang. Mungkin dengan aku dia lain.

Betapa tabahnya dia mnghadapai kerenah aku ni dulu.

Akhirnya, selesai satu sem berguru dngannya, Alhamdulillah, aku dapat A-.

Sem 2 dimulakan dngan berita bahawa dia dah dinaikkan pangkat menjadi HEAD DEPARTMENT.

Cadangan yang amat tepat sekali. Memang tidak diragui.

Die memang pandai bergaul dengan anak murid.

Disaat pelajar bukak gerai untuk deparetment, dia datang mnyokong. Tapi bukan lecturer2 yang lain.

Aku puji dia. Dia memang pandai jaga hbungan dgn anak murid sendiri.

Datang ke gerai dngan naik motor ‘harley davidson’nya.

Memang ada gaya tersendiri.

Siap beli makanan untuk dibawa pulang. Untuk anak2 katanya.

Sem terakhir aku dimulakan dngan majlis penamaan muka2 baru.

Aku terpilih menjadi programe manager bagi acara tersebut.

Dapatlah aku duduk bersebelahan dngan head department sendiri.

Siap bersembang dan bergelak tawa.

Aku dan dia duduk di ats sofa yang selesa, bukan macam pelajar yang lain yang hanya di atas kerusi plastik.

Aku bagi ucapan dahulu sebelumnya.

Die pula meneruskan ucapan dgn mmbetulkan fakta yang aku bagi pada awlnya.

Name pun kesilapan, mestilah dia betulkan.

Itu tugasnya.

Walaupun malu, tapi aku terima dngan kepekaannya.

Walaupun dia balik awal malam tu, skurang-kurangnya dia hadir.

Tidak seperti lecturer lain yang kebanyakkannya tak datang.

Mungkin mempunyai urusan lain.

Sem terakhir diharungi dngan banyak kerja.

Sukar untuk meluangkan masa menjenguk tenaga2 pelajar yang lain.

Sebelum aku bergerak ke Gombak, aku sempat hadiri satu lagi majlis.

Head Department seperti biasa, berjaya menghadirkan diri.

Aku diberi penghormatan duduk berbuka puasa bersamanya.

Sempat berbual dan bergelak tawa.

Tidak dilupakan…aku dan head department berkongsi makan dulang yang sama.

Dia yang lebih bnyak mempelawa aku makan walaupun aku yang sepatutnye berbuat demikian.

Dia amat bagus. Cakna terhadap aktiviti2 yang berlaku dan berusaha jugak untuk datang.

Aku puji dia.

Akhirnya aku ke Gombak. Meneruskan degree.

Aku menaiki motor menuju ke dpartment.

Ternampak dia bersama kererta mercedesnya dan juga lecturer yang lain.

Aku mesti berhenti dan bertanya khabar.

Motor dihalakan ke tempat parking kereta mercedesnya.

Dimulakan dngan teguran dan salam.

Dia masih mengingatiku. Alhamdulillah.

Walau sempat berbual pendek. Itu sudah cukup bagiku.

Dia dalam keadaan yang agk sibuk, baru lepas meeting di department katanya.

Berbalas salam dan akhirnya kami sama2 menuju arah masing2.

Jauh sekali mnyangka itu pertemuan terakhir…………..

Mesej yang aku terima petang tadi mngenai pemergiannya cukup untuk aku mngingati kembali ajarannya semasa di PJ dulu. Tanpa dia aku tak mungkin berada di sini sekarang. Mungkin aku masih merangkak di PJ sana. Dialah satu-satunya lecturer yang aku paling respek semasa di PJ. Sifatnya yang kool n bersahaja buat aku kagum. Aku pasti bukan aku sorang berikir macam ni, pelajar yang lain pun sama agaknya.

Apabila masuk ke laman blog dan portal yang dah dia sediakan untuk anak2 muridnya tadi….aku terfikir yang mungkin blog dan portal nya tidak akan lagi diupdate. Tiada lagi gambar2 dia bersama student2 kelasnya. Tiada lagi update tentang komputer yang dia akn letak. Tiada lagi update tentang markah2 kuiz dan asignment yang dia akn upload. Tiada apa-apa.

Sesungguhnya…Allah lebih menyayangi dirinya.

Moga2 rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan di tempat orang2 yang beramal soleh.

Aku akan selalu mngingati jasamu. Selalu.

Terima kasih cikgu.

gred


Related Posts!

Comments

  1. kekhalid [April 3rd, 2009 at 9:13 PM]

    Bro Asmady ternyata lecturer terbaik yang pernah mengajar aku.
    Akan sangat terasa kehilangannya oleh anak anak buah department ICT CFS IIUM..

    [Reply]

  2. witz [April 3rd, 2009 at 10:01 PM]

    ko amik course apa? introduction to internet?

    [Reply]

  3. kamil [April 3rd, 2009 at 11:01 PM]

    macam tak caya jer..memang dia lecturer terbaik.aku akui
    semoga rohnye dicucuri rahmat

    [Reply]

  4. loq [April 4th, 2009 at 12:51 AM]

    alfatihah
    semoga rohnye dicucuri rahmat

    [Reply]

  5. hayatito [April 4th, 2009 at 1:40 AM]

    sebak pulak bila bace..
    orang hebat sentiasa diingati..
    al-fatihah.

    [Reply]

  6. zelo55 [April 4th, 2009 at 2:53 AM]

    ni result dulu mase kat pj..
    aku amik ICT (information communication technology)

    ak x hebat nak amik yg gempak2…huhuk…

    [Reply]

  7. erli [April 4th, 2009 at 9:53 AM]

    walau pun kau tak pernah berguru dgn dia..tapi dia ttp lecturer terbaik..ttp tegur aku walau tak pernah jadi student dia ddulu..moga rohnya bersama2 org yg beriman dan bertaqwa..

    [Reply]

  8. zelo55 [April 4th, 2009 at 10:00 AM]

    “walau pun kau tak pernah berguru dgn dia”

    aku ke kau?

    ko da tersilap taip nih…

    wakakakakaka..

    [Reply]

  9. hydir [April 4th, 2009 at 3:43 PM]

    doakan untuk dia
    moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman … amin

    [Reply]

  10. zelo55 [April 5th, 2009 at 12:32 PM]

    Ternyata Allah lbih mnyayanginya….

    [Reply]

  11. Apisz [April 5th, 2009 at 10:25 PM]

    lor…teringat pulak kat cikgu2 aku masa spm dulu…sedey gila…lama x jumpa diaorang.

    Apisz’s last blog post..Kita’kan Kawan #1 (Kamera Aku)

    [Reply]

  12. senapang [April 13th, 2009 at 6:22 AM]

    hrmm..bagus ada anak murid mcmni…

    alfatihah utk die..

    senapang’s last blog post..Welcome back ME n SeLeKeH DoT NeT

    [Reply]

  13. zelo55 [April 13th, 2009 at 7:43 PM]

    kehilangan yang ak rasa sampaila ke hari ini…..

    [Reply]

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

blank