Video Finalist Mentor, Black, Chaq, Fira Dan Hakikat Realiti TV.
Bebelan, Muzik, Video July 14th, 2009

Ok. Masa agak suntuk n aku pun agak sibuk memandangkan baru masuk ke sem baru. Jadi layan ajela lagu2 nih n dengarlah bebelan aku nih sket. Pada siapa yang tak berminat membaca bebelan n pandangan aku tak payah bace pun tak apa. Langsung tak ade paksaan. Hahahhaa.
Hakikatnya……bila dah semakin banyak rancangan berkonsepkan realiti kat dalam tv, populariti dan reputasinya akn turun. Perkara biasa. Situasi ini jelas skali boleh dilihat dalam rancangan realiti keluaran tv3, Mentor, tambahan pulak sekarang baru selesai musim ketiga. Liputan dari para bloggers hiburan yang tersangat kurang membuat liputan mengenai mentor pun boleh dijadikan bukti. Ambik ohartis n ohbulan sebagai contoh. Mengikut pendapat aku, rancangan realiti tv ni ade satu perkara yang pasti…..berjaya pada awalnya n kurang menyengat apabila masuk ke musim baru. Ok mungkin aku terlampau mengutuk Mentor, jadi kita tengok plak Akademi Fantasia (AF). Kalau dibandingkan dulu dengan sekarang, AF jauh bezanya. Zaman mawi dulu AF mane2 je orang sebut mesti orang tahu, tapi sekarang bisanya dah hilang n ak tengok orang dah tak layan dah AF. Setuju?
“The harder they try, the harder they fall”
Ayat di atas ni bagi aku sesuai sekali menggambarkan rancangan realiti tv. Tak kirela rancangan dari Malaysai mahupun kat luar negara nuh. Korang bayangkan ape yang diorang tambah dari musim ke musim demi menaikkan nama rancangan realiti tv tersebut. Tak lain tak bukan…gossip dan jugak spekulasi berserta berita sampah. Ada kalanya berita n spekulasi rekaan tu terlampau bodoh n tak masuk akal untuk para viewer percaya. Bukan semua orang boleh percaya benda2 macam tu sbb setahu aku lebih ramai yang dapat pikir ape yang betul n ape yang sampah. Jadi…jangan bodohkan viewer korang.
Sistem voting yang semakin melampau n mementingkan keuntungan n bukannya kualiti yang dihasilkan daripada rancangan realiti tu sendiri. Bagi aku ni macam satu lagi penipuan terhadap para pengguna telefon bimbit. Aku nampak sistem voting ni mmg satu cara untuk rancangan tu mengaut keuntungan tapi sekarang dah jadi semakin tak masuk akal. Kalau dulunya satu vote per sms, sekarang smpai sepuluh pon boleh. Bagi aku tersangatlah tak masuk akal. Agak tak adil bagi artis yang berkualiti tinggi tapi mempunyai peminat yang miskin dan bukan yang jenis vote melalui sms.
Rancangan tak menerapakn nilai2 murni n nilai2 agama langsung. Pemakaian…tak payah cakapla. Kalau smpai ade yang berdarah hidung tu ak rase tak heranla. Tarian pun..huisshhh…mak ai!..kalah gelek gerudi Inul kat indon tu oi. Hubungan antara yang bukan muhrim pun dah semakin dipandang remeh. Aku bagi contoh Black ni cukupla, kalau korang perasan, tiap kali sebelum die buat persembahan die mesti salam cium tangan mentor die Mas Idayu tu. Sebagai tambahan, Black ni jugak peluk Mas Idayu tu bile dinobatkan sebagai juara. Mungkinlah die terlampau teruja kot?
Cukuplah dulu aku mengarut…korang layan ajela video konsert final Mentor musim ke-3 ni. Mintak maaf kepada para peminat Fira, persembahannya gagal aku jumpai di youtube. Pada sesiapa yang ade sila bagi link video untuk aku update post nih. Terima kasih.
Black Di Konsert Final
Chaq Di Konsert Final
Fira Di Konsert Final
Mintak maaf. Video gagal Dijumpai. Korang tolong ok. Heee…
Sekian sahaja aku untuk kali ini. Harap apa yang aku tulis atau lebih tepat luahkan tak dipandang remeh. Takkan nak tengok rancangan realiti tv di Malaysia ni berkubur begitu sahaja kot? Bukan aku mengutuk rancangan realiti tv nih….aku boleh je layan klau kena caranya…tapi beberapa aspek perlu diperbaiki n diubah untuk jadikan rancangan realiti tv nih mendapat tempat semula di hati para penonton televisyen.
Sekian terima kasih. Salam.
Related Posts!
Comments
Leave a Comment


kenapa aku tak suka artis mee segera macam rancangan realiti mcmni, aku tgk artis tu kejap je naik dan kejap je jatuh.. itu realiti.. mentor? af? MI? dsb aku tgk takdak la hebat sgt mendidik masyarakt ttg agama ke apa ke, tapi lagi mengajar anak muda gila menyanyi dr buat benda yg berfaedah yg lain dan banyak lupakan ulama alim agama lebihkan puja artis.. ayoma.. kadawaley..
luthtextile´s latest blog entry..Aku blogging bukan untuk popular!
[Reply]
zelo55 Reply:
July 14th, 2009 at 2:06 PM
betul bro betul…
sokong 100%!
[Reply]
PutraMalaya Reply:
July 14th, 2009 at 10:35 PM
betol tu..rock the world..hahaahah
PutraMalaya´s latest blog entry..Tips Pikat Wanita
[Reply]
aku benci produk dari program realiti…tak de kualiti..banyak kuantiti jea…Baik tgk bintang RTM hahaha..Sekurang- kurang nya dah melahir kan JAMAL ABDILAH,SITI NURHALIZA,SITI SARAH ETC…
pear´s latest blog entry..Cara menaikkan TRAFFIK dengan pantas!
[Reply]
boikot rancangan realiti demi kesinambungan generasi masa hadapan..demi 1 malaysia..haha
zulfitry.com´s latest blog entry..Perlu ker nak tunjuk kuasa?
[Reply]
hahhaa,rancangan realiti? mmg aku dah tak tgk sekarang.
bosan gila kot,nama je ade astro tapi kalau ko tanya nama juara af yg baru ni pun aku xtau

blowie´s latest blog entry..(Post bersama) Rawanaz Lahanat leee…
[Reply]
zelo55 Reply:
July 14th, 2009 at 2:05 PM
ye ke tak tahu?
ko ni bia betol…
dengar kate ko duk skong hafiz juara af season baru nih…
ho3…
[Reply]
blowie Reply:
July 15th, 2009 at 10:16 PM
mmg betul aku taktau oh,hahaha.
dah tak bernafsu nak tgk rancangan2 tu
[Reply]
aku da bosan ngan realiti TV…
aku da bosan ngan TV dan rancangannya…
aku da bosan ngan astro dan siarannya…
aku da bosan ngan pc games mahupun ps3..
aku da bosan ngan artis²…
tapi…
aku still tak bosan kehidupan dalam komputer dan internet… nape eh?
Kill-Vearn´s latest blog entry..Kill-Vearn: iNove Mode
[Reply]
zelo55 Reply:
July 14th, 2009 at 4:04 PM
sbb internet n komputer sg best!
boleh buat org addicted n klau kne care boleh bwak pulangan…
klau kne care jugk bnyak boleh blaja…
compare kan internet dgn realiti tv..jauh bezanya…
bagai langit dengan bumi!
hahahahahah…
zelo55´s latest blog entry..Video Finalist Mentor, Black, Chaq, Fira Dan Hakikat Realiti TV.
[Reply]
arnamee Reply:
July 17th, 2009 at 12:29 AM
salam _
internet best^^ –
itu namanya media lama vs media baru^^
kat tv, walau nama reality pun – sikit sebyk ttp diprogram sbnrnya.tapi tidak di internet. kbykn penulisan, karya, idea – dari hati.opss…(^_^)
*cuma pndgn kecil dari kaca mata seorg yg pnah beljr media baru.^^
arnamee´s latest blog entry..SELAGI MEMILIKI
[Reply]
kesian Fira…takde pun video persembahan dia…huhu
sedey dow kalau aku jadi dia…haha
2 la nak sangat kehidupan glemer…
kepada sesiapa yang berangan nak jadi artis 2 aku nasihatkan udah2 le tu
btw..ak setuju yang rancangan realiti sekarang dah hilang sengatnya…tapi tak faham kenapa pihak penganjur masih lagi nak teruskan rancangan macam tu..buang duit je….hmm….
teh´s latest blog entry..DIA LELAKI ITU…ep 2
[Reply]
zelo55 Reply:
July 14th, 2009 at 8:46 PM
dari yang aku dgr…
wlau pihak pnganjur kurang dpt untung….
diorang still dpt jgk profit…walau dlm jumlah yang kecik…
tu yang diorang wat tu kot…
nk jugk profit wlaupun skit…
mne tak…
sekali orang sms sorang 10 keping…
klau ramai yang sms?
haaaa…tak ke kaye tu…hahahahah
[Reply]
teh Reply:
July 15th, 2009 at 1:13 PM
aku ingat lagi masa final OIAM…
ada la sorang hamba Allah ni nak vote Tomok
tapi vote dia asek tak diterima je coz line bz….terlalu banyak vote yang masuk…
dah la vote pending…kredit pun habis…
haha…nampak tak sape yang untung sekarang?????
syarikat telekomunikasi daa………..
teh´s latest blog entry..DIA LELAKI ITU…ep 2
[Reply]
zelo55 Reply:
July 15th, 2009 at 2:41 PM
wahahahahaha….
xkn malu nk mngaku kottt…
ckp ajela ko yg vote tomok tp pending smpai kredit abis…
nk malu2 plak…
wahahaha…
[Reply]
teh Reply:
July 15th, 2009 at 7:14 PM
ces2!!!!!
akukah itu????
bukan aku la!!
haha…siot je ko…
cakap siang pandang2 la wei..
em..tapi honestly aku memang minat tomok pun…hahaha
teh´s latest blog entry..DIA LELAKI ITU…ep 2
[Reply]
eh, killvearn, ko dah boring ngan ps3? bak laa kat aku, tak pernah sentuh lagik nie…
aku tak pernah vote sejak AF mula diadakan, dan aku anggap bodoh orang yang vote.. hua3!! Kalo korang belajar muzik, korang akan tau yang semua lepasan AF tue suara xde kualiti.. bukan nak perasan aku belajar muzik.. tapi tnyelaa orang muzik lain..
samanosuke_04´s latest blog entry..Ditching Dubai : Unwell…
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
July 14th, 2009 at 10:33 PM
hoho.. bosan da.. last game aku main guna ps3 transformers… pastu mls da main.. psp pon da tak sentuh n berhabuk da… silakan amek secara free kalo dpt jumpa lokasi aku.. huhu….
Kill-Vearn´s latest blog entry..Kill-Vearn: iNove Mode
[Reply]
samanosuke_04 Reply:
July 14th, 2009 at 10:36 PM
… ko nie anak orang loaded eh? kalo jumpe umah ko aku betul2 amek.. haha!
samanosuke_04´s latest blog entry..Ditching Dubai : Unwell…
[Reply]
Kill-Vearn Reply:
July 14th, 2009 at 10:47 PM
tak loaded but benda da ada kat umah nak wat camne… aku ni kais pagi mkn pagi taw… lagipon aku ni fanatic internet n pc aje…
Kill-Vearn´s latest blog entry..Kill-Vearn: iNove Mode
[Reply]
aku tak layan la plak. hehe
mohdisa´s latest blog entry..Belanjawan 2009
[Reply]
layan beb lagu baru black tu.. best2
myadlan´s latest blog entry..Proton Exora Styling Design
[Reply]
muke black jambu siak :p
naz´s latest blog entry..Wednesday’s random link
[Reply]
tak layan mentor. tapi lagu fiq sedap
[Reply]
hai best lah awk punye bebelan. hehehe
[Reply]
zelo55 Reply:
July 23rd, 2009 at 9:44 PM
tenkiu…
klau nk dgr saya duk bebel lagi mehla lawat selalu…
mnela tahu leh dapat choki-choki ke next time…
wakakakakakka…
thanx btw…
[Reply]
w’pun kate nk bebel pendek tp tetap panjang. hehehe
[Reply]
bang mana lagu baru chaq
[Reply]
sya x sangka bahwa black mempunyai teman wanita. sya ialah peminat setia black mentor.
[Reply]
sya pmnat stia chaq,rndu la nak tngok chaq uat prsmbahan lgi dngan stacy….
[Reply]
zelo55 Reply:
December 11th, 2009 at 4:20 PM
chaq laki or prempuan?
tuan blog sndri tak minat AF…huhuhuh
[Reply]
ala sya pn xmnat AF,dn xprnah tngok pn….chaq msti la laki…ni msti xtngok mntor…
[Reply]
zelo55 Reply:
December 11th, 2009 at 4:37 PM
eh…
lpe plak kite tgh ckp pasal mentor..bukan AF..hahahah…
silap2…wakakakakaka…
[Reply]
dengar cite Black makin rapat dengan Noraniza Idris n Sofea Jane. betul ke?
[Reply]