
Salam. Marah. Sedih. Kalau dah sampai tahap macam ni kemana perginya tindakan dan teguran? Walau berpolitik sekalipun tak perlulah melibatkan agama dan jadikan keluhuran agama Islam tu sendiri bagai mainan yang boleh digunakan untuk bergelak tawa.
Aku tak sanggup lihat hukum Allah dipermainkan sampai jadi bahan gelak tawa satu rakyat Malaysia. Kalau dah menjadi akhbar arus perdana dan jadi bahan bacaan rakyat, bayangkanlah ramai manakah yang menjadi mangsa lawak bodoh korang ni. Ulama dipermainkan, hukum Allah dijadikan bak kain buruk dilontar kesana kemari bagai tak bernilai.

Utusan Malaysia, katanya pembela Melayu dan Islam tapi tengoklah apa yang korang dah buat sekarang. Korang hanyalah memalukan kami sebagai umat Islam dengan meletakkan hukum Allah yang tertulis di dalam AlQuran tu sendiri sebagai mainan. Tak sedar ke? Lupakan kenyataan bahawa ini merupakan akhbar pro kerajaan but still they dont have the right to make fun out of hukum Allah. Aku bantah dan takkan sesekali menyokong. Eloklah dibincangkan dan dikaji seeloknya sebelum sebarang perlaksanaan bukannya dipermainkan seperti lukisan kartun untuk paparan umu seluruh umat manusia.
Tak kiralah korang pro kerajaan atau pro pembangkang atau siapa sekalipun. Sanggupkah korang lihat hukum Allah dipermainkan sebegini rupa?
Tanyalah diri anda sendiri.
Salam.




orang sekarang nie tak takut main dengan hukum agama dah. pelik je
[Reply]
Surat khabar utusan ni keluar artikel ntah2 apa2 tapi ada artikel yang ok. Cuma paling terbaru Namewee mengamuk dengan Utusan mengatakan cubaan mahu memulaukan filem terbaru Namewee Nasi Lemak 2.0
[Reply]
satu perkataan jerk, BANGANG!
[Reply]