Kad Pengenalan, MyKad Kita Amatlah Memalukan.

Kad Pengenalan, MyKad Kita Amatlah Memalukan.

Salam. Post kali ni sekadar luahan perasaan dan perkongsian pendapat aku sendiri. Tak berniat menyinggung mana mana pihak serta jauh sekali daripada menjatuhkan serta mengutuk sesiapa.

Alkisah tersebutlah satu kisah mengenai kad pengenalan. Kad pengenalan kalau kat Malaysia ni ramai yang duk panggil ic ataupun MyKad. Almaklumlah kita ni kan kalau bab rojak campur gaul ni memang pro lah kan. Melayu omputih kasi gaul je no problem janji paham. Kalau duk perhati asalnya kad pengenalan kita ni dulunya hanya sekeping kertas yang dipotong mengikut saiz dan akhirnya dilaminate sama je macam lesen memandu kita sekarang. So kalau tengok dari aspek moden dan peningkatan teknologi memang nampak maju kedepan gila gila la kan.

Tapi masalahnya sekarang ni, berkualiti ke kad pengenalan kita tu?

Reliable dan berguna betul-betul macam yang sepatutnya ke kad pengenalan kita tu?

Pengalaman pertama aku dgn kad pengenalan ni ialah masa aku habis spm dulu kalau tak silap. Masa tu aku nak pegi bukak akaun maybank. So sedia maklum la kan kalau nak buat apa-apa kena la bagi pengenalan diri dat is ic. Sekali duk tunggu dia duk buat kat belakng kaunter tu last-last apa yang dia cakap hanyalah – “Maaf, ic anda rosak, data tak dapat dibaca, kami tak dapat buka akaun baru untuk encik”. And i was like = “errrr errrrr so camane ni err errr”. In the end I ended up pegi buat ic baru on the same day and berbekalkan satu kertas ic sementara bolehlah pulak dia terima and proses my application. Kad tak boleh, kertas kosong ic sementara bolehlah pulak T____T

Ok fine ic sementara tu ada kod serta maklumat tambahan bla bla bla yang membolehkan diorang proses permohonan aku tu ok diterima ok ok. Tapi masalahnya ialah kualiti. Semalam aku ke Maybank branch Selayang untuk tukar kad atm aku yang dulunya tu ke kad debit yang baru tu ha memandangkan kad bank ak tu dah nak lunyai. Tapi even dah lunyai it is still working and boleh buat withdraw woi. So dat means kad dah lunyai tapi cip dia masih bertahan and in good working condition. Bila diorang nak verify ic tu lah segala masalah bermula. My ic is not readable! Huwarggghhhh! Aku siap merayu kat akak kaunter tu suruh try cucuk lagi ic aku tu kuat kuat so dat boleh baca tapi gagal. Sampai akak tu pergi dkt reader lain try pun the result is still the same. Kad bank aku yang dah lunyai and duk dalam dompet yang sama dengan kadar penggunaan lagi kerap and lagi lama pakai pun elok lagi. Tapi our ic is just so hampeh. Kad pengenalan kita teramatlah senang untuk rosak, kualiti rendah, selalu terkopak sana sini and menyusahkan orang lain yang nak berurusan. Kalau dah projek berjuta berbilion kenapa kualiti masih hampeh. Even bank pun dah boleh keluarkan kad yang berkualiti dari dulu lagi, kenapa negara kita tak boleh?

Korang perasan tak kat ic korang tu ade logo meps and other tu kan. Sebenarnya mykad ni ialah kad pengenalan serbaguna yang memudahkan orang macam kita ni nak berurusan so dat nanti nak berurusan semuanya dalam satu kad je. MyKad tu la untuk pengenalan diri, itu jugaklah untuk lesen, itu jugaklah untuk kad bank and others. Tapi tengoklah sekarang setelah beberapa tahun dah sistem baru ni digunapakai banyak mana dah yang berjaya? Korang dengan mykad adakah korang still pakai lesen yang laminate tu bila polis tahan korang speeding? Time nak cucuk duit, adakah korang pakai kad atm korang atau kad pengenalan untuk selesaikan transaksi?

Aku tak salahkan kerajaan, aku tak salahkan pejabat pendaftaran, aku tak salahkan bank cuma bagi aku masalah ni hanya boleh diselesaikan dengan kerjasama semua pihak. Kerajaan, pihak polis dan jpj semua berganding bahu dalam menjadikan penggunaan lesen melalui ic  satu kemestian dan penguatkuasaan. Bank dan kerajaan bersepakat dalam penggunaan satu kad dalam semua jenis transaksi so takdela orang ramai pakai beg duit tebal dengan kad setiap kali keluar berjalan. Mulalah nanti bontot besar sebelah beg duit tebal punya pasal. LOL!

So in the end aku tak boleh nak tukar kad atm maybank yang baru tu selagi tak buat ic baru. So bertambahlah satu benda baru yang kena buat. Zzzzz

p/s: Isn’t it weird when you are being pulled over and asked for your ic and license eventhough it is actually the same thing?

p/s/s: Ini mamat tarak tukar itu ic sampai sekarang. Cool eh. (chegubard)

8 Comments »

  1. avatar @ikhwan88 Says:

    aku sangat2 setuju dgn apa yg ko ckp neh sbb aku lalui benda yg sama mcm ko bila nk berurusan dgn bank. aku da tuka like 3 kali da mykad aku tuh sbb asyik rosak je aku pun xpaham mcm mane leh rosak padahal jarng2 di kuarkan dr wallet. kuar pun bila urusan imigresen masuk kuar sarawak. now xtau tahan berapa lama sbb beli plastik utk cover chip dia.

    [Reply]

  2. avatar PutraRocker Says:
  3. avatar sickchild72 Says:
  4. avatar fadzioriq Says:

    lagi satu yang cool nyer mykad nih dia ade touch n go features yang bg aku mmg best~korg leh trus je topup kat atm machine maybank~

    Erm, bg aku kad rosak tuh mebi kalu letak kat wallet tuh korang simpan kat Bobtot pastuh duduk sana duduk sini tuh pasal rosak kot~

    Erm, tp yg pasal lesen tuh, aku pernah test polis yang tahan aku ckp xbwk lesen tp bwk mykad, lepas je~haha. kalu polis tuh byk cakap aku ckp lah gov mmg dah implement menda nih lama dah sapa suruh dia takde mesin~*bile lagi nk troll polis kan*haha

    [Reply]

  5. avatar encikbeliau Says:

    mykad mmg mudah rosak , x berkualiti .. setuju pendapat kau yg projek2 juta tapi hasilnye hampeh…

    [Reply]

  6. avatar Oh! budu Says:

    tau takpe.. cerita sebijik macam ambo punyer.. tp, ambo punyer CIMB bank.. sedih gila.. hehe

    [Reply]

  7. avatar apple Says:

    sy pun mcm tu jgk.. malu giler mykad tu x berfungsi mase berurusan dgn bank.. sy dimaklumkan mykad lame sy tu dibuat oleh IRIS.. heran btl nape kualitinya sgt mengecewakan.. hurm..

    [Reply]

    MIss Eiza Reply:

    so salah IRIS la kan…JPN cume cetak jer…huhuhu
    n pasal problem kt atas tue, all agencies r business minded…lau sume pakai mykad, agensi lain rasa ilang kepentingan..mmmm…hope they can solve OUR Problem soon..peace~

    [Reply]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment