Pengalaman Bersih 2.0. Kisah Sebenar.

Aku bertolak sorang2 dari shah alam dalam pukul 12. Aku tak libatkan sape2 pun utk pergi, so dat i speak mainly for myself. Naik tren dari shah alam je pun dh dipenuhi penyokong bersih. Awalnya semua macam segan2 tp ble dah tahu tujuan ktorang sama, semua jd rapat.

Naik ktm pun diawasi polis, turun pun diawasi polis. Sampai je sana, nak solat zohor tak boleh! Free country nak perform solat pun tak boleh. Masjid negara dikunci dan tak dbenarkan masuk. Azan saja dibenarkan, solat tak boleh. Sangat memalukan bila nak beribadah pun disekat sampai macam ni sekali.

Aku akhirnya berjumpa dgn 2 org mamat ni yg ktorg naik tren same2 dr shah alam td. Nama boy dan nyet. Akhirnya ktorang solat di tempat parking pudu. Tandas dikunci kecuali tandas perempuan even surau kat sana pun x dbenarkan masuk.

Kronologi Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka

Salam.

Sedang seronok muda mudi bersuka ria menonton bola chelsea menentang barcelona pagi tadi, rupa-rupanya satu lagi kisah hitam terpalit dalam kisah sejarah jurnal mahasiswa Malaysia. Banyak spekulasi yang timbul daripada serangan ini. Tapi apa pun, sebagai rakyat yang inginkan keadilan, aku rasa kisah ni perlu aku kongsi untuk tatapan orang ramai. Personally aku rasa violence dan bahasa buku lima bukannya jawapan bagi apa yang terjadi. Tapi bila kekasaran diguna pakai jugak, aku rasa ini dah keterlaluan.

Berikut adalah kisah kronologi yang aku dapat melalui satu sumber atas apa yang terjadi di dataran pagi tadi. Mungkin ada beberapa terma yang agak keterlaluan dan mungkin cerita agak lain dari kisah sebenar. Apa pun, ini kisah sebenar dan ini benar-bernar berlaku.

Perjuangan Khemah Di Dataran Merdeka.

Secara jujurnya aku terharu kecewa gila kaw kaw kaw. Tengok je video yang malaysiakini rakamkan untuk perhimpunan pemansuhan PTPTN kat dataran merdeka beberapa hari lepas buat aku sedih, kecewa dan meraung kekecewaan. Hahaha. Ok terlebih luahan emosi..sila cuba bertahan.

Btw coretan kali ni ialah berdasarkan rakaman video semata-mata dan bukannya berdasarkan pengalaman ataupun pandangan mata dan keringat diri sendiri. Lagipun pemilik dan tukang duk edit video ni ialah malaysiakini..takkanlah diorang nak edit sampai terpesong dari cerita sebenar memandangkan reputasi and kredibiliti diorang terhadap berita yang boleh dipercayai dari dulu lagi kan. So bagi aku ulasan and pandangan aku kali ni adalah berdasarkan sumber yang boleh diharap dan boleh dipercayai.

Pertamanya, personally aku setuju dan tak setuju dengan pemansuhan PTPTN (rujuk sini). So bagi aku perhimpunan kali ni perjuangan dan objektif sebenar aku tak berapa nak nampak. Mungkin juga disebabkan masa yang singkat untuk arrange and memberi pemahaman kat orang ramai tentang perhimpunan ni yang sebenar menyebabkan ramai tak berapa nak turun and memberi sokongan.

Anak Muda Kini Bahan Mainan Politik.

Salam.

Selamat 1Ahad! Hahaha. Sumpah annoying tambah 1 kat depan semua benda ni kan. Nak sebut pun da rasa malu dah. Cuba kalau semua benda buh 1 kat depan. Maunya terseksa jwa dan raga ye dak. 1Selamat 1pagi 1kepada 1semua 1rakyat 1malaysia! Kah kah kah kah!

Ok moving on wawawa. Semalam hangat diperkatakan ada program pihak kerajaan yang duk panggil anak muda suruh join. Aku tak paham betui la. Haritu duk bising AUKU AUKU AUKU AUKU tapi panggil jugak anak muda suh terlibat politik. Tapi bila orang muda bersuara tentang politik dimarah dan dituduh tak layak cakap pasai politik. Apekah?

Katanya program semalam tu kat perak sampai berpuluh bas datang mengangkut budak sekolah mai. Budak2 sekolah tu katanya dibayar RM10 seorang, diberi pulak baju free kaler biru dengan nama parti pastu dapat makan free. Ni la silapnya kerajaan, diorang guna kuasa yang diorang ada untuk paksa orang buat itu ini. Tambah pulak dengan kuasa duit lagilah syok buat itu ini. Memalukan weh memalukan T______T

Pemansuhan PTPTN. Kenapa Aku Setuju Dan Tidak Setuju.

Salam.

Senang cerita kita akan bincang dari persepektif seorang yang tak berapa nak politik dan tak berapa nak amik tahu kiraan untung rugi tolak itu ini bla bla bla. So kita akan ikut simple approach punya strategi iaitu daya pemikiran tipikal seorang pelajar yang amik tahu dengan isu semasa. So dont bash me just yet. Here me out first ok.

Pemansuhan PTPTN semenjak dua menjak ni hangat diperkatakan. Mainly because of the fact yang ia melibatkan politik, so terus jadi isu hangat la kan. Ace takde orang amik tahu or takde orang nak voice out pasal benda alah ni kompem takde orang amik tahu pun pasal ni kan kan kannnn. Tu la yang nampak baiknya politik ni, dengan secara tiba-tibanya nampak tanggungjawab and sikap ambik berat tu terpancar. Senyap je tetiba dapat baucer itu ini duit brg percuma itu ini kan kan kannn.

So berbalik kepada pasal PTPTN ni. Personally, bagi aku, idea untuk completeley mansuh PTPTN ni adalah terlampau tinggi untuk digapai. I still think that PTPTN is relevant tapi banyak perlu ditukar untuk kena or ngam dengan keadaan kita sekarang ni. Apa yang aku tulis ni ailah atas beberapa kajian ringkas and fahaman aku sendiri tentang hal ni. Mungkin point aku terlampau ringkas atau agak kurang masuk akal or ada kurangnya, still i believe i have my point somewhere between the lines. Bawah ni ialah beberapa point yang aku rasa perlu ketengahkan dalam hal pemansuhan and perubahan yang PTPTN perlu buat.

« Previous Entries