-->

Movie Terbaik Dan Terhampeh Tahun 2008 – Mengikut Tafsiran zelo55.

Umum, Video January 1st, 2009

panjangmuveeEhem3…tahun baru dah datang tapi bukn bg aku. Sebab aku tak sambut pun new year smalam lagipun aku smbut awl muharam je, ckup a sekali thun baru n azam baru bagi aku. Semalam, aku juz terperap dalam bilik tengok movie n mlayan msg awek aku sambil tertido ats katil dngan muke menghadap ke arah monitor yang aku sendiri pun tak tengok. Yang pastinye, tahun baru ni akn mnybbkan korang imbau kembali ape yg dah lepas pada tahun lepas, 2008.

Tahun lepas, 2008, da bnyak n berlambak cerita yang aku tgk. Ape yg aku bleh cakap, bnyak jugak pandangan aku psl cerita2 ni. Ade yg positif n mcm biase ade yg negatif serta mnjatuhkan lagi memalukan. Wahahahaha…Ape yg aku nk tulis ikut pndangan aku sendiri, jadi klau rse aku mnjatuhkan movie pilihan korang ke ape ke, ape aku kesah. Hahahaha. Aku akn buat list 3 cerita best yang aku suke tgk n 3 list cerita yg aku tgk n dianggap mmbuang mase, tenaga n wang utk korang tgok.

Kita mulakan dengan yang baik dulu. Nanti bile korang da hepi2 tgok review aku baru a aku nk stat hentam cerita2 yang tak best. Hahahaha. Ade BRAN nk tengok list review aku? Kalau takut dengan hakikat n pndangan aku, korang baik xyah bace sbb mungkin hati korang akn trguris bile tahu hakikatnye yang cerita yang korang minat 2 aku da kutuk. Hahahahahahaha…

Read the rest of this entry »

Salam Ma’al Hijrah 1430.

Umum December 29th, 2008

Alhamdulillah bermula lagi tahun baru bagi umat islam satu Malaysia. Bermulalah segala azam n harapan baru yang korang akn tanam akn diri korang. Salam Ma’al Hijrah.

maalhijrah

Sebenarnye aku mngalammi delima dalaman tentang blog aku nih. Huuhuhu. Dah nk sbulan dah blog ak ni idop tanpa sebarang update. Warrgghhhh!! Internet! Aku perlukn kamu!!

Ape2 pun..dalam kpale otak aku nih berlambak bnde ak nk tulis. Cuma tggu mase nk luahkan dalm tinta coretan aku sndri bile keadaan kmbali stabil Heehehe.

Harap2 post aku tntang ma’al hijrah ni dapat mmberi harapan baru gk kt blog aku nih. Huhuhu. Nanti aku akn ceritakan ape yg mnyebabkan aku tak post slame ni pada post sterusnye. Tunggu ye n harap keadaan terus menyebelahi aku ni. Huhuk…

Salam Ma’al Hijrah….

credits to iluvislam.com

Read the rest of this entry »

Awie – Saya Bukan Gangster. Difitnah Ketua Kumpulan Naga (Dragon).

Berita December 14th, 2008

Sebenarnye aku nk buat post psl pc fair, tapi tgk berita pagi ni mcm mnarik je. Jadi aku amik pstu paste je tros. Jadila post aku yg sterosnye. No komen…no komen…no komen….

Harian Metro, Berita Utama, 14 Disember 2008

Saya bukan gengster.

awiefamilyKUALA LUMPUR: Di sebalik gemerlapan dunia hiburan, penyanyi dan pelakon, Awie, yang kini berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), terpalit dengan kontroversi apabila dicop kepala samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Kumpulan Naga.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, dikatakan menuntut layanan istimewa ala kepala gengster, selain mengutip wang keahlian RM3,600 bagi setiap ahli baru.

Penyanyi rock yang mencapai kegemilangan bersama kumpulan Wings pada lewat 1980-an itu dikaitkan dengan kegiatan samseng, memakai baju lambang naga bersama ahli kumpulannya serta berlagak seperti ketua kongsi gelap apabila duduk di kerusi besar ketika bermesyuarat manakala ahli lain perlu berdiri.

Malah, kedudukan beliau sebagai Ayahanda dalam Pekida juga dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Bagi mendapatkan kepastian terhadap dakwaan itu, Metro Ahad menemui pelakon watak antagonis filem Antoo Fighter yang kini ditayangkan di pawagam, sekali gus buat pertama kalinya Awie mendedahkan pada umum mengenai pembabitannya dalam Pekida.

Ikuti penjelasan Awie kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN.

“JANGAN fitnah saya begini, saya bukan orang tepi jalan. Saya dah okey. Saya memilihawiehead menyertai Pekida untuk mengajar saya menjadi penyabar.

“Di bawah majlis saya, saya dilantik sebagai ayahanda pengerusi di Ukay Perdana.

“Apa yang kita lakukan, kita menjaga kebajikan jemaah, daripada segi silaturahim, ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

“Orang kata saya samseng, saya tak akan cakap apa. Perbuatan lebih logik daripada bercakap. Orang boleh cakap apa saja.

“Saya akan buktikan dengan cara saya, bukan dengan cakap saja. Biar semua orang di bawah (ahli Pekida) dapat informasi sebenar.

“Saya terkejut dapat berita ini. Saya sudah tunjukkan dan buktikan saya tidak terbabit dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

“Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan saya ketua kumpulan Dragon (Naga),” katanya.

Awie turut mengandaikan namanya dikaitkan sebagai kepala Kumpulan Naga kerana dulu beliau pernah menyertai kelab motosikal, Dragon Malaya.

“Apabila terpaut dengan nama ini (Naga), saya ambil kesempatan pakai nama itu buat kumpulan bersama Man Kidal, Yan dan Jojet. Selepas itu keluar pula (album Wings) Naga Keramat.

“Apa salah orang nak pakai naga. Di merata tempat ni orang pakai lambang naga untuk pelbagai tujuan.

“Saya orang paling taat (Pekida). Saya ikut apa saja yang saya belajar. Saya tak pernah lari daripada kebenaran,” katanya.

Awie menjelaskan, dia menyertai Pekida di atas hasrat untuk bersatu padu dalam satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam.

“Saya duduk dalam Pekida nak bersatu dengan orang Melayu, bukan nak menghancurkan.

“Macam mana dia (pihak berkenaan) boleh cakap saya duduk macam raja (duduk di kerusi khas dan orang lain perlu berdiri).

“Ini semua tidak betul. Tidak pernah saya buat macam tu. Gila ke?

“Apa yang dikatakan saya duduk di kerusi besar, kepala gengster? Saya pakai topeng pun orang kenal, itu Awielah. Gila saya nak buat!” katanya.

Menceritakan sejarah pembabitannya dengan Pekida, Awie berkata, dia mula menyertai Pekida pada 2001 dan bermula dari bawah hingga dilantik sebagai Abang Long dan Ayahanda.

“Saya dinaikkan oleh Majlis Tertinggi pada 2004 sebagai Ayahanda.

“Saya tolak pada mulanya, tapi kerana hormat pada Ayahanda Haji Malik Ranting dan Ayah Pa, saya terima.

“Saya ada watikah (pelantikan sebagai Ayahanda) dan saya boleh buktikan. Saya tak pernah minta dengan sesiapa,” katanya.

Awie berkata, sebagai artis, lingkungan kehidupannya adalah di kelab malam dan pentas, namun apabila menghadiri majlis tertentu anjuran Pekida, beliau amat berdisiplin.

“Saya boleh buktikan dengan gambar, aktiviti yang pernah saya lakukan. Saya terbabit dengan aktiviti kebajikan anak yatim, membantu sekolah agama di Johor.

“Adakah pihak berkenaan (yang menuduh) ambil peduli atau membantu semua ini?

“(Dakwaan) itu memfitnah dan menganiaya saya. Bagaimana orang boleh berkata mengenai saya, sedangkan saya tak pernah jumpa mereka seumur hidup.

“Mereka tak tahu apa gerakan dan aktiviti yang saya lakukan selama bersama Pekida,” katanya.

Menurut Awie, beliau teraniaya dengan pelbagai fitnah hingga pernah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pelakuan jenayah.

“Hidup saya memang teraniaya dengan benda-benda macam ini.

“Pernah satu ketika saya diambil pada jam 1 pagi oleh polis kerana 10 orang yang ditahan di lokap ‘petik’ (kaitkan) nama saya.

“Saya tak kenal pun siapa mereka. Apabila saya jelaskan keadaan sebenar, baru saya dilepaskan dan polis pun faham.

“Ia menjadi tanda tanya kenapa mereka ‘petik’ nama saya.

“Kalau betul tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya sanggup koyak kad keahlian. Selama ini saya dikenali pun bukan kerana Pekida.

“Saya selesa dengan hidup saya. Saya sayangkan Pekida. Kalau pentadbir (Pekida) tidak okey, saya masih dengan Pekida. Namun dengan cara dan permainan saya.

“Kalau orang kata Pekida jahat, saya kata tidak.

“Inilah pertubuhan yang menyatukan anak Melayu. Kalau nak mempolitikkan NGO, inilah jadinya,” katanya.

Berhubung dakwaan bahawa beliau meminta diberi penghormatan layanan berstatus Ayahanda sebagai syarat menghadiri Perhimpunan Agung Pekida Ke-15, Awie berkata:

“Memang saya Ayahanda, apa mereka cerita? Mereka gila ke apa?

“Saya masuk Pekida kerana jalan ini yang saya suka. Mereka memburukkan saya untuk mencari nama dalam Pekida, mereka ini dayus.

“Kenapa tak berdepan dengan saya? Kenapa mesti memfitnah?

“Saya tak pernah buat permintaan itu. Lan Gajah (Pengerusi Pekida Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman) yang telefon saya, tetapi saya tak dapat nak pergi.

“Dia (Lan Gajah) tawarkan untuk bawa wakil sebagai ahli keselamatan.

“Ketika itu saya tak dapat hadir kerana ada di luar kawasan.”

Awie berkata, beliau berpegang pada amalan berbaik dengan semua orang dan menjauhi penganiayaan terhadap hidup orang serta jangan menyusahkan hidup orang.

“Kalau baik dengan orang, orang akan bantu kita dan dari situ datangnya ekonomi. Kalau kita hidup susah, adik beradik lain akan membantu.

“Kalau seorang bagi seringgit, 10 orang sudah 10 ringgit, kalau 100 sudah 100 ringgit.

“Jadi, ekonomi kita dapat dibantu kalau dalam keadaan terdesak.

“Apa yang diminta Allah di akhirat nanti adalah kebajikan kita.

“Kita ada sekolah agama yang dibantu, ahli majlis bersatu. Anak yatim yang patut diraikan, kita raikan,” katanya.

Diambil bulat-bulat daripada sumber, Harian Metro.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/BeritaUtama/20081213205340/Article/index_html

Gambar Tragedi Serangan Pengganas Di Mumbai, India. (27 Gambar).

Berita, Umum December 11th, 2008

Kalau cakap psl pengganas je mesti Islam yang dipersalahkan.

Knape?

Mungkin ketidakmatangan aku menjadi batas utama untuk aku mmahami perkara sebegini rupa.

*terdapat beberapa gambar yng boleh menggangu dan agak tidak sesuai dipandang n dilihat oleh sesetengah pihak. Lihat dan baca ats tnggungan risiko korang sendiri.

Wallahualam…..

mumbai7

mumbai2

mumbai4

mumbai6

mumbai8

mumbai15

mumbai12

mumbai3

mumbai24

mumbai23

mumbai22

mumbai21

mumbai20

mumbai19

mumbai18

mumbai17

attack4.jpg

mumbai14

mumbai13

mumbai11

mumbai10

mumbai9

mumbai5

mumbai26 mumbai28

mumbai27

mumbai25

Semua gambar2 yang dilihat didalm post ini adlah hak milik mereka yang berkaitan dan takde satu pun yang merupakan hak milik aku. Mungkin sebahagian link website aku letak kt bwah ni x brape cukup untuk cover semua owner gambar ni. Ape2 pun. Terima kasih bnyak2.

Terima kasih.

Allahuakbar!

blank